Assalamualaikum warahmatullah...
Pusat rawatan kami bertempat di Gong Badak, Kuala Terengganu. Kami menawarkan perkhidmatan bagi masalah kesihatan yang dihadapi samada fizikal, mental, rohani mahupun jasmani. Kaedah rawatan kami adalah kombinasi ruqyah syariyyah dan produk homeopati.
Kaedah ruqyah sebagaimana yang sedia maklum merujuk kepada himpunan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu yang dipilih bagi merawat penyakit-penyakit tertentu, manakala homeopati pula, ianya merupakan satu kaedah perubatan yang diiktiraf oleh W.H.O yang menggunakan single remedi yang halal, selamat dan mujarab.
Justeru dengan memanipulasi segala kaedah perubatan, kami menawarkan perkhidmatan perawatan dengan harga yang bersesuaian dengan masalah kesihatan yang dihadapi. Kami perahkan segala ikhtiar, panjatkan doa dan sediakan produk dengan harapan Allah s.w.t memberi kesembuhan kepada segala penyakit yang dihadapi.
Selain itu kami juga menerima permintaan khusus bagi meramun formula homeopati bagi penyakit-penyakit tertentu. Produk-produk homeopati juga boleh diposkan atas permintaan.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya Ustaz Faiz (0139517348).
wsalam
RNH (Ruqyah, Naturopati & Homeopati)